Ahad, 31 Ogos 2008

seratus ringgit??????

sebenarnya pada 29 hari bulan 8 2008 hingga 31 haribulan 8, hampir keseluruhan budak kaunseling mengikuti kem. Memang sebenarnya kem ini adalah bertujuan untuk menyiapkan laporan. Dan laporan tersebut akan dihantar sebagai "assigment". Pada mulanya hanya Allah sahaja yang tahu. Dah lah tengah kekeringan duit. Sesiapa sahaja yang sekarang ni berada di semester tiga tentu mengetahuikan??..... perjalanan menuju ke resort ini hampir dua jam. Sebenarnya, keadaan memang tidak mengizinkan disebabkan sebelum bertolak ke resort tu. Badan dalam keadaan deman, mungkin disebabkan tidur yang tidak menentu. Minggu kelapan ini merupakan minggu yang sangat kritikal, dengan penghantaran assigemnt dengan modul dalam makmal. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, memang tesion tahap "gaban" atau kata lainnya tahap dewa lah...huhuhuhu. orang kata apa?... redah je lah. pergi dalam keadaan macam tu.
Dalam fikiran sepanjang perjalanan, tentu resort ini tepi pantai, angin bertiup kencang, dengan pokok kelapanya. orang tengah lepak tepi pantai. Tapi sepanjang perjalanan itu, kami melalui kelapa sawit, sawah padi, dan sturkur jalan yang sangat memenatkan badan. ada lagi...terlupa sesuatu, sepanjang perjalanan tu juga. kami melalui hutan... nampak monyet bergayut di dahan pokok. Ya Allah, ini ke tempat yang aku nak pergi, tersentuh dekat hati perasaan sebegitu. untuk pengetahuan semua, dalam perjalanan pergi ke resort tu, ada kawasan yang tiada talian telefon. Celcom ke? Maxis ke? atau digi?... semua dah hilang... ya Allah, fikiran tengah bercelaru gila. takut2 tak de line telefon. tapi nasib kami memang baik, sampai kat resort line sudah ada. uhhh..............

nanti sambung balik k...